Komediri Di La Promenade Mall

KUCHING: La Promenade Mall akan menganjurkan pertunjukan komediri pertama di Sarawak sejak 2019 pada hujung Julai ini dan Ogos akan datang.


Pada 29 Julai, La Promenade Mall akan memaparkan Mad Sabah dalam rangka jelajah ‘Ndak Logik ‐National Tour’ di Kuching.

MAD SABAH: Jelajah kebangsaan pertama pelawak komediri ini termasuk satu pertunjukan di Kuching.


“Ia merupakan jelajah ‘greatest hits’ saya. Saya akan menyampaikan lawak‐lawak terbaik saya, sejak beberapa tahun yang lalu, buat kali terakhir. Selepas ini, saya akan mengusahakan bahan (lawak) baharu. Jelajah ini adalah hasil karya saya selama bertahun‐tahun,” kata Mad Sabah, atau namanya yang sebenar, Achmed Rusli.


“Sekarang adalah masa yang sangat baik untuk menjelajah, dan saya tidak sabar lagi untuk membuat persembahan di Kuching.”


Sebelum pandemik, populariti Mad Sabah telah meningkat perlahan‐lahan. Malah tiket bagi dua jelajahnya ketika itu, ‘Crazy Poor Asian’ dan ‘Super Sabah’, telah laris dijual.


‘Ndak Logik’ merupakan antara jelajah komediri pertama pasca‐pandemik di negara ini.


Pelawak dari Sabah ini, yang Harith Iskandar anggap sebagai “pelawak paling lucu dan paling tulen”, baru‐baru ini mengadakan pertunjukan dengan tiket yang laris dijual di Kuala Lumpur, Melaka, Johor, dan wilayah asalnya, Sabah.


Pertunjukan di La Promenade Mall akan diadakan di auditorium aras lima.


Penyewa pusat beli‐belah itu yang popular ‐ ZORO by Domus Group, NOMS, dan Black Bean Coffee & Tea ‐ akan menawarkan makanan malam pra‐pertunjukan yang istimewa bermula dari jam 6.30 petang pada hari‐hari pertunjukan.

SOKONG LOKAL: NOMS, Zoro dan Black Bean Coffee & Tea menyediakan tawaran istimewa kepada semua pemegang tiket bagi kedua‐dua pertunjukan komediri.


ZORO menawarkan hidangan makanan malam dengan tiga jenis masakan, NOMS akan menyediakan tambahan ala‐carte percuma kepada makanan, manakala Black Bean akan mengadakan diskaun selain menyajikan minuman sewaktu pertunjukan diadakan.


“Kami begitu teruja untuk menganjurkan jelajah Mad Sabah. Sudah tiba masanya bagi semua kita untuk ketawa bersama‐sama. Komediri merupakan sebentuk seni yang menakjubkan dan semakin popular, terutamanya selepas Netflix,” kata Pengurus Pemasaran Digital La Promenade Mall, Sophia Ong.


Pada 3 September, La Promenade Mall akan menjadi hos kepada Kavin Jay, pelawak Malaysia yang menjadi terkenal ekoran kemunculan program khas sejamnya ‘Everybody Calm Down!’ terbitan Netflix.

TERKENAL: Kavin Jay, seperti yang dipaparkan di Netflix, juga akan membuat persembahan di La Promenade Mall.


Kavin’s tour called “I Am Sorry I Shouted!” is also his first since the pandemic.


Jelajah Kavin yang dipanggil ‘I Am Sorry I Shouted!’ juga merupakan jelajah pertamanya sejak pandemik bermula.


“Kami gembira kerana Kavin akan membawa jelajahnya ke Kuching, khususnya ke La Promenade. Sementara kami membuat persiapan bagi pertunjukannya di Kuching, Kavin sudah pun habis menjual tiket bagi beberapa pertunjukannya di KL dan Pulau Pinang,” kata Ong.


“Kemudahan di pusat beli‐belah kami, seperti auditorium, amat sesuai sekali bagi komediri. Sebagai sebuah pusat beli‐belah yang fokus kepada gaya hidup dan komuniti, kami memberi banyak keutamaan kepada penganjuran acara‐acara.


“Baru‐baru ini, kami telah menganjurkan ABSTRACT2022, yang menjana lebih RM75,000 untuk enam pelukis tempatan hasil daripada jualan lukisan mereka, dan mengadakan festival larian pertama bagi Sarawak dan Sabah, yang menarik 1,350 peserta, termasuk dari Singapura, yang memenangi hadiah‐hadiah utama.”


Tiket untuk Mad Sabah boleh didapati di ndaklogikkuching.peatix.com.

KOMUNITI: La Promenade Mall, yang terletak di Lebuh Raya Kuching‐Samarahan yang sibuk, memberikan fokus kepada komuniti.


La Promenade Mall dibuka pada 20 Januari 2021. Ia merupakan komponen komersial pertama dalam komuniti berpagar La Promenade seluas 200 ekar.


Pusat beli‐belah itu mempunyai dasar ‘Sokong Sarawak’, yang memberikan keutamaan kepada jenama‐jenama tempatan dalam adunan penyewaannya. Ia mempunyai Black Bean Coffee & Tea, Rice King, Zoro by Domus, NOMS, Galeri Hoan, dan banyak lagi.


Seperti Menara HSL yang bersebelahan, La Promenade memiliki pensijilan Indeks Bangunan Hijau, yang memaparkan landskap yang pernah memenangi anugerah selain pengecasan kenderaan elektrik percuma.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 012 852 9171 / 016 577 0720 / 012 808 6262, atau cari @lapromenademall dalam Facebook and Instagram.